NASIR BIN KADIM
[ARTIKEL 2] NASIR BIN KADIM (70, Segamat) – KEBAS MENCUCUK, LUKA TAK SEMBUH – ADA SIGN CONSENT FORM URL YOUTUBE: https://youtu.be/EVqXiyzxr3I BEKAS PEMANDU TEKSI MINTA DOKTOR
POTONG KAKI SEBAB TAK TAHAN SAKIT SANGAT! Segalanya bermula dengan sakit di bahagian kaki. Mula-mula rasa kebas dan mencucuk, kemudian diikuti berat badan susut secara mendadak dan jalan terakhir, kaki kiri akhirnya terpaksa dipotong. 30 tahun yang lalu, En Nasir disahkan menghidap kencing manis. Namun begitu, beliau mengakui telah mengabaikan kesihatan dengan terus menjalani kehidupan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Keluar kerja di waktu pagi dan balik ke rumah lewat malam. Tiada masa untuk bersenam. Makan minum pun tak jaga. Setiap hari minum minuman bergas berbotol-botol dan jika berjumpa rakan pastinya teh tarik dan roti canai menjadi hidangan yang paling digemari. Waktu itu, kesannya masih belum kelihatan dan beliau langsung tidak menyangka ia akan menjadi lebih teruk selepas kakinya di potong. En Nasir masih tidak boleh melupakan saat bagaimana keadaan kakinya menjadi semakin memburuk. Ia bermula dengan hanya luka kecil di celah ibu jari dan luka tersebut mulai berubah menjadi kehitaman. Apabila berjumpa doktor, hanya satu saja jawapan. Potong! Rupanya luka kecil tersebut telah melarat dan langsung tidak disedari En Nasir. Sebaik pulang ke rumah pula, En Nasir langsung tidak menjaga kesan luka ibu jari yang dipotong tadi dengan sebaiknya. Luka yang tidak sembuh membuatkan ia terus merebak ke bahagian lain, sehinggalah akhirnya kaki kirinya pula terpaksa dipotong bermula dari bawah lutut. Kencing manis sememangnya pembunuh senyap. Kita hanya sedar apabila keadaan sudah menjadi kritikal. Doktor memberitahu bahawa jika En Nasir masih terus dengan sikap sambil lewa terhadap penjagaan kesihatan dirinya, berkemungkinan besar kaki kanan beliau pula akan dipotong. Ngeri memikirkan kesakitan, keperitan dan kesukaran yang bakal di tanggung, En Nasir berikhtiar dengan cara lain untuk merawat dan mengatasi masalah yang dihadapi. Isteri yang sangat prihatin dengan keadaan suaminya menyarankan agar En Nasir mencuba suplemen Eskayvie Phytax sebagai usaha untuk rawatan tambahan. Melihat banyak testimoni berjaya menunjukkan keberkesanan Eskayvie Phytax bagi penghidap kencing manis, En Nasir bertawakkal semoga masih ada harapan untuk menyelamatkan kakinya yang sebelah lagi. Ternyata ia pilihan yang terbaik kerana semenjak mengamalkan Eskayvie Phytax, En Nasir mendapati luka di kaki kanannya yang menunjukkan kesan kehitaman telah menghilang. Kakinya kembali bersih dan cantik. En Nasir terasa sangat lega dan gembira kerana pada mulanya beliau sudah rasakan tiada harapan lagi dan hampir hendak menyerahkan kaki kanannya untuk dipotong. Sebolehnya En Nasir ingin bebas daripada kencing manis tetapi yang paling penting, beliau tidak mahu kehilangan sebelah kaki lagi. Beliau sangat bersyukur kerana akhirnya ditemukan dengan Eskayvie Phytax yang telah menyelamatkan kakinya yang satu lagi. Penghidap kencing manis sebenarnya cenderung untuk mengalami masalah luka yang lambat sembuh. Ini berpunca daripada salur darah yang tersumbat yang disebabkan oleh paras gula yang berlebihan dalam darah. Keadaan ini memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana oksigen dan nutrisi penting untuk penyembuhan luka tidak dapat disampaikan ke seluruh anggota badan.Pesakit juga mungkin tidak akan merasa sakit pada bahagian yang luka. Paling menakutkan apabila luka kecil ini menjadi semakin teruk dan membusuk di mana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya. Namun terdapat anugerah alam yang boleh membantu mengatasi masalah ini iaitu biji anggur yang mengandungi resveratrol dan kaya dengan OPCs (Oligometric Proanthrocyanidin Complex). Ia memiliki keupayaan untuk merangsang gen anti-penuaan yang dinamakan ‘sirtuins’. Gen ini bukan sahaja melambatkan proses penuaan, malah ia memberi jarak masa yang amat diperlukan bagi pembaikpulihan kerosakan DNA agar replikasi sel akan dapat
menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Bahan aktif tersebut juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan menggalakkan pertumbuhan kulit. Sayangnya ramai yang memilih untuk makan anggur tanpa biji sehingga kehilangan khasiat resveratrol daripada biji anggur yang sangat diperlukan tubuh.
Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax. Layari www.phytax.com.my dan dapatkan sekarang.
BONUS: Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis. Info lanjut, layari www.phytax.com.m