PN PAULIZAH MOHAMED ARSHAD
[ARTIKEL 6] PN PAULIZAH MOHAMED ARSHAD (48, Royal Rendang Tok, Pasir Putih)
– KEBAS, PENAT SIKIT NAK TIDUR URL YOUTUBE: https://youtu.be/vBzHB-EPfxw RASA KEBAS DAN PENAT BERPANJANGAN MUNGKIN PETANDA GEJALA KENCING MANIS
Ramai menyangka bahawa rasa kebas dan penat berpanjangan hanyalah disebabkan terlalu banyak bekerja dan tak cukup rehat. Tetapi rupa-rupanya, ia adalah simptom kepada penyakit yang lebih teruk dan boleh membawa mudarat iaitu kencing manis. Kak Liza, seorang wanita yang masih dalam kategori muda tetapi berasa sangat pelik kerana mengalami kepenatan yang luar biasa. Di dalam usia 48 tahun, beliau tidak mampu membuat kerja rumah yang ringan. Keadaan penat dan letih beliau sama seperti orang tua berumur 90 tahun saja lagaknya. Hendak mengemas satu bilik saja akan mengambil masa 2 jam sehingga langsung tidak mampu menyiapkan kerja kerana sentiasa ingin terbaring saja di depan televisyen. Untuk solat pun Kak Liza menghadapi masalah tidak boleh rukuk serta sukar sangat untuk khusyuk. Kak Liza berasa sangat tertekan dan cemburu melihat orang lain boleh melaksanakan semua rukun solat dengan sempurna sedangkan beliau hanya mampu bersolat dengan duduk di bangku. Sebenarnya, sudah bertahun Kak Liza menanggung derita iaitu bermula daripada selepas melahirkan anak yang pertama. Kesannya pada kaki sebelah kanan dahulu. Beliau kerap sangat rasa kebas tangan dan kebas di hujung jari kaki yang berpanjangan. Pergerakan menjadi sangat terbatas dek menanggung sakit yang mencucuk di tapak kaki dan pergelangan tangan yang langsung tidak boleh memegang sesuatu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa tidak selesanya menjalani kehidupan seharian. Setiap hari, anak-anak pula yang menjadi mangsa lambat ke sekolah. Bukan sebab anak yang lewat, tetapi sebaliknya emak mereka yang lambat bersiap hendak menghantar anak. Bersyukur sangat kerana anak-anak sangat prihatin dengan masalah emak mereka. Setiap kali Kak Liza mengadu sakit, pasti anak-anak akan membantu memicit dan menyapukan minyak di tempat yang sakit. Kak Liza bukannya tidak berusaha mendapatkan rawatan. Setiap kali berjumpa doktor, beliau hanya diberikan ubat tahan sakit. Naik jemu makan ubat tahan sakit setiap hari sedangkan kesakitannya masih lagi berterusan. Sakit beliau akan datang balik selepas 6 jam kesan tahan sakit tu hilang. Penat makan ubat, Kak Liza mencuba rawatan tradisional herba akar kayu pula. Namun, jantung beliau terasa berdegup laju dan berpeluh-peluh apabila makan akar kayu. Semakin teruk pula sakit yang dialami dan membuatkan Kak Liza menjadi semakin buntu. Suatu hari, seorang rakan mengesyorkan Kak Liza untuk mencuba Eskayvie Phytax.Tertarik dengan perkongsian tentang manfaat dan kebaikan Eskayvie Phytax, Kak Liza sanggup mencuba sebab ini adalah ikhtiar terakhir bagi mengatasi masalah yang dialaminya. Selepas 2 minggu pengambilan Eskayvie Phytax, Kak Liza perasan ada perubahan yang ketara. Jika dahulu Kak Liza sangat cepat letih dan penat. Hendak bawa motor pun tidak boleh kerana tangan tidak kuat hendak memegang pemegang motor. Tetapi kini badan Kak Liza terasa sangat segar dan bertenaga. Kak Liza juga sudah boleh membawa motor dan tangannya tidak lagi berasa sakit seperti selalu.Kak Liza sangat bersyukur mendapat tenaga dan semangat baru sebegini. Beliau mulai seronok untuk bersenam berdasarkan saranan doktor. Kalau dulu, setiap kali kawan-kawan dan anak-anak ajak berjoging, pelbagai alasan diberi kerana terlalu penat dan berasa tidak sihat. Kini, Kak Liza bertekad untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Beliau tidak mahu lagi menanggung derita kebas dan sakit bisa badan yang dialami seperti sebelum ini. Di usia yang masih muda ini, beliau ingin terus menikmati kehidupan yang lebih bererti bersama keluarga. Jangan pandang remeh dengan kebas dan rasa penat yang berpanjangan. Ia adalah salah satu simptom kencing manis yang jika tidak dirawat serta dikawal secara proaktif, anda mungkin menghidap kencing manis dan berisiko kehilangan anggota
kaki serta penyakit kritikal lain seperti buta dan komplikasi buah pinggang yang perlukan dialisis. Kajian mendapati bahawa khasiat Punicalagin banyak terdapat di dalam buah delima yang dikaji mempunyai kapasiti antioksidan yang tinggi dan dapat membantu meningkatkan aliran darah. Ia sangat membantu untuk mengatasi masalah kebas atau penyakit berkaitan dengan aliran darah yang tersumbat. Kebaikan gabungan kuasa fitonutrisi bahan semulajadi daripada buah delima serta gabungan 11 lagi buah-buahan dan tumbuhan ada di dalam Eskayvie Phytax. Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax.
Layari www.phytax.com.my dan dapatkan sekarang.
BONUS: Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis. Info lanjut, layari www.phytax.com.m